Korban Pengeboman berani mati Surabaya 2018

Sehingga 19 Mei 2018, 14 orang awam dan 13 pengebom bunuh diri terbunuh. Antaranya ialah kanak-kanak berumur 11 dan 8 tahun, yang dikenali sebagai Evan dan Nathan, dan dua pegawai keselamatan yang cuba menghentikan penyerang daripada memasuki gereja. Aloysius Bayu Rendra Wardhana, seorang sukarelawan keselamatan[18] dan Yesaya Bayang, seorang pegawai keselamatan, dianggap sebagai pahlawan oleh penduduk setempat kerana berjaya menghentikan para pelakunya untuk memasuki SMTB dan GKI Diponegoro masing-masing.[19]

Mangsa-mangsa yang cedera dirawat di 8 hospital.[20] Cabang tempatan Palang Merah Indonesia melaporkan peningkatan dalam sumbangan darah, dengan 600 orang menderma darah hari itu berbanding sasaran rutin sebanyak 400 orang.[21]

Rujukan

WikiPedia: Pengeboman berani mati Surabaya 2018 http://www.abc.net.au/news/2018-02-15/indonesian-t... http://www.bbc.com/indonesia/berita_indonesia/2016... http://www.bbc.com/indonesia/indonesia-40104073 http://www.thejakartapost.com/news/2018/05/10/brea... http://www.thejakartapost.com/news/2018/05/11/two-... http://www.thejakartapost.com/news/2018/05/14/25-k... http://www.thejakartapost.com/news/2018/05/19/chur... http://aceh.tribunnews.com/2018/05/16/breaking-new... http://nasional.republika.co.id/berita/nasional/hu... http://www.republika.co.id/berita/nasional/daerah/...